Rabu, Mac 03, 2010

Berkenalan..

Seranta nak wujudkan satu sesi kita lebih mengenali gelagat-gelagat kawan2 kita. Semua ade bakat terpendam yang mungkin tak ditonjolkan selama nie. Antaranya:






Jeff seorang yang manja. Buktinya?tengok gaya tido yang manja itu~~











Hafiy dan Akmal pandai berposing walaupun dalam tido. TAHNIAH!!

Terbaru!!

Sekian lama tidak menulis.Maaf Seranta agak busy macam kawan2 yang lain jugak.Maaf dipinta,harap dimaafkan oleh semua.

Berganjak ke bulan Mac,semua sibuk dengan assignment yang beratur di depan mata tapi rasanya masih ada yang sempat menjenguk Facebook kan?biasalah demam FB memang hebat betul penangannya. Apepun,jangan sampai tak terbuat assignment kita ye,kawan2??

Senarai tugasan KKBI terkini PISMP 1.05:

1. KKBI Projek Pengenalan Pengajian Sosial (due: 29 Mac 2010)
2. KKBI Projek Sosiologi (due: 29 Mac 2010)

Senarai ISL+Tutorial terkini:

ISL 8 PPS :
- Bandingkan budaya yang dipegang oleh anda dan kaum-kaum lain yang terdapat di negara kita. Bagaimanakah ia mempengaruhi tingkahlaku anda?

Tutorial PKK:
- Kejadian konflik antara remaja dengan ibubapa dan gurunya menjadi satu perkara yang normal. Berpandukan teori perkembangan sosioemosi Erikson, mengapakah gejala ini berlaku?
- Pelajar yang sedang meningkat remaja perlu dibantu mengurus emosi diri. Apakah peranan yang perlu dimainkan ibubapa dan gurunya?

Aktiviti minggu ini:
- Jumaat (5 Mac 2010) : berkumpul di astaka pada pukul 7.30 pagi ye?Khas untuk perarakan Maulidur Rasul. Sebarang maklumat rujuk Izzati atau Zaqwan.

Perhatian!!
Puan Hanifah nak 'check' nota Pengenalan Pengajian Sosial minggu depan. Pastikan fail semua siap ok?

Khamis, Januari 28, 2010

Debat dalam PISMP 1.05.....sape mng?

pada 12tgh hari, 27/01/2010....kelas PISMP 1.05 telah mengadakan debat mengenai tajuk "Faktor Baka Mempengaruhi Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak"..... Pihak pencadang ialah Nisak, Izzati dan Azli, manakala pihak pembangkang pula Syud, Along dan Najib... perlawanan debat ini telah berjalan dengan lancar sekali.... semua pelajar kelas ini telah mengambil bahagian di dalam pertandingan ini....hujah-hujah bernas dan matang telah diperdebatkan.... bagi sya, semua ahli kelas ini adalah pemenang dan tiada pengalah kerana kita semua telah memainkan peranan terhadap tugas masing2 dengan baik sekali.....semoga kita semua terhibur disamping mendapat input2 yg berguna....=)

Rabu, Januari 20, 2010

Perhatian yer??

Kepada kawan2 PISMP 1.05 yang ade blog, leh la bagi url blog anda untuk di"link"kan dengan blog nie..Moga sumer tahu bloggers kelas kita hebat2 belaka. Teruskan menulis demi kepuasan diri. Chaiyoo!!
* Sila berurusan terus dengan AJK Seranta kelas : Syud+Along =_="

persoalan?

kepada semua ahli kelas pismp 1.05, jika kita diminta untuk bertukar kelas untuk memberi laluan kepada pelajar KPLI. ke manakah kita semua? sanggupkah kita kembali ke kelas lama kita yang serba kekurangan? ataupun kita memohon untuk berpindah ke klas OUM di bawah sana? fikirkanlah hak2 kita.....