Memaparkan catatan dengan label Aktiviti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti. Papar semua catatan

Khamis, Oktober 28, 2010

Taklimat Peperiksaan Jun-Nov 2010

Alhamdulillah.. hari nie kita semua telah berjaya menghadirkan diri ke Taklimat Peperiksaan Jun-Nov 2010. Penting untuk persiapan menjelang exam kan? Tahniah kepada yang hadir walaupun dapat ceramah percuma di awal pagi. Senyum.. :)





*** Gud luck for exam, dear.. Moga kita dapat result yang baik!

Selasa, Oktober 19, 2010

Gotong-Royong Sambil Makan-Makan

Selesai UAK semalam, sempat lagi kami sekelas bergotong-royong dengan Jabatan Gerko untuk Minggu GERKO yang berlangsung hari nie. Tugas menyiapkan bahan-bahan masakan dan mengacau kuah yang sedang menggelegak dijalankan sepenuh hati dengan kerjasama bersama pelajar-pelajar PISMP 2.04 (PJ) dan adik-adik junior. Tak lupa pensyarah Jabatan Gerko terutamanya Puan Kamaliah yang sporting habis, siap boleh makan 1 dulang dengan beberapa orang daripada kami. Apa yang penting.. KERJASAMA!!







** Rajin-rajin semuanya. Stok menantu pilihan nie! :P

UAK aka Ujian Akhir Kursus!

Hari ini dan semalam (18 dan 19 Oktober 2010) adalah hari untuk semua pelajar PISMP sem 2 menduduki Ujian Akhir Kursus bagi subjek Literasi Bahasa, English Language Profiency dan Numerical Literacy. Alhamdulillah, segala urusan sepanjang ujian berjalan lancar.

** Sempat juga merakamkan wajah-wajah ahli PISMP 2.05 sedang mengulangkaji untuk UAK.





*** Semoga mendapat keputusan yang baik. Amin..

Guru Malaysia BOLEH!!!

Hari minggu, 16 Oktober 2010 terisi dengan kewajipan menyertai Perhimpunan Kebangsaan Guru 1 Malaysia di Stadium Putra, Bukit Jalil. Seawal 6.30 pagi beratur mengambil kehadiran dan bertolak lebih kurang pukul 7.20 pagi. Perhimpunan melibatkan PISMP sem 2, 4, 6 dan 8 ini adalah sebahagian daripada 14, 000 orang guru seluruh Malaysia yang menghimpunkan bakal guru, guru, dan semua yang terlibat dalam dunia pendidikan negara.

Zoom in muka cikgu-cikgu yang bersemangat dalam ribuan orang di Stadium Putra, Bukit Jalil!









**** Bersemangat betul bakal-bakal guru PISMP 2.05 tepuk tangan. Hope takda yang tidor masa dengar ucapan tempoh hari. :P

Amali Pergerakan Asas VS Makan-Makan

Pada 14 dan 15 Oktober 2010 yang lepas, kelas PISMP 2.05 telah selamat menjalani Amali bagi subjek Pergerakan Asas. Amali persendirian dibuat pada hari Khamis dan Jumaat dan disambung dengan amali permainan kanak-kanak pada hari Jumaat. Alhamdulillah, semua berjaya menjalankan amali dengan baik. Buktinya?? Cikgu Azie berbesar hati untuk belanja satu kelas makan untuk sarapan pagi Jumaat tu. Thanks cikgu!!!! Sayang lebih ~~~~

*** Gambar semasa aktiviti amali tak difokuskan. Time makan-makan je.. ^__^







*** Murah rezeki ahli PISMP 2.05 dan mana-mana pensyarah yang belanja makan. Amin.

Melaka Bandaraya Bersejarah!

Assalamualaikum semua..
Dah lama rasanya blog Social United nie dibiarkan. Masa agak terhad untuk selalu mengupdate blog nie. Maaf ye? Tapi tak akan lupa untuk masukkan semua aktiviti kita. InsyaAllah, akan diusahakan. Yang terbaru kita semua dah ke Melaka Bandaraya Bersejarah untuk Projek Perkembangan Sejarah Negara, subjek Encik Ma'amor Yusoff.

Lokasi ?? ----> Memorial Pengistiharan Kemerdekaan & Istana Kesultanan Melayu Melaka.







**** untuk tengok banyak lagi gambar anda semua, sila search di Facebook ye? ^___^"

Jumaat, Ogos 06, 2010

Tahniah kepada Semua!!

Alhamdulillah, akhirnya semua ahli PISMP 2.05 berjaya menjayakan Kajian Luar di Cameron Highlands bagi subjek Geografi Persekitaran dengan jayanya. Kerjasama dan komitmen yang baik sepanjang kajian luar dijalankan amatlah dihargai. Jangan lupa siapkan laporan sebelum 18 Ogos ya?

Rabu, Julai 07, 2010

Road Relay&Majlis Penutupan Sambutan Hari Guru 2010

Hari ini, 7 Julai 2010, IPG Kampus Pendidikan Islam telah menganjurkan Road Relay&Majlis Penutupan Sambutan Hari Guru 2010. Maka, ahli PISMP 2.05 turut tidak terkecuali menyertai sambutan berkenaan sebagai penonton. ^__^






BIG : Derma Darah

Pada 6 Julai 2010, ahli PISMP 2.05 telah turut serta dalam program Bina Insan Guru : Kempen Menderma Darah yang diadakan di Bilik SP1 dan SP2. Terima kasih kepada anda yang mendaftar dan tahniah kepada yang layak menderma darah. ^____^"



Sabtu, Jun 26, 2010

Mari Memasak Bersama Kak Tipah!!

** penulisan menggunakan bahasa tidak rasmi berunsurkan loghat negeri. Harap maklum.

Pernah dengaq dak orang selalu kata orang tua-tua memang suka kalau dapat menantu kerja cikgu?? Pernah dengaq dak?? Siapa tak pernah dengaq, cuba tanya orang tua-tua. Mesti mereka setuju.. Jadi, bagi melengkapkan pakej menantu pilihan kesayangan mentua, maka akak-akak semua kenalah pandai memasak. betul dak?? Sila anggukkan kepala jika setuju.

Tapi, jangan risaulah, semua akak-akak kelas PISMP 1.05 nie memang terror bab-bab memasak nie. Tolonglah percaya. Kak Tipah tak tipu! Kalau tak percaya, sila tengok betul-betul calon-calon menantu pilihan kesayangan mentua di masa depan kelak. Layan...





Terima kasih kepada akak-akak yang sanggup bangun pagi-pagi memasak untuk aktiviti berkelah tempoh hari. Kerjasama anda amatlah Kak Tipah hargai. Hingga berjumpa lagi..

Berkelah oh Berkelah

Bagi meraikan peperiksaan Semester 1 yang telah berakhir, ahli kelas PISMP 1.05 telah menjalankan aktiviti rehlah bersama-sama. Lokasinya??? Sungai Tekala menjadi destinasi tujuan kami.. Zassss.... Jom Berkelah sambil BBQ!!

Isnin, April 12, 2010

PERHATIAN!!

Bengkel Penulisan Ilmiah yang kita semua hadiri minggu lepas (Jumaat, 9 April 2010) mencapai objektifnya. Tahniah atas penglibatan semua!! (gambar akan diupload nanti... ^-^ )

Kepada semua kawan-kawan sekuliah yang tersayang..Amik perhatian ye dengan aktiviti yang akan berlaku minggu nie??

1. Program Makan2 bersama Usrah
Ok, sebagaimana yang semua tahu. Hari ini (Isnin, 12 April 2010) kita semua beramai-ramai makan 'free' di KFC. Ucapan terima kasih kepada mak usrah, Puan Rabiah Abd. Rahman kerana sudi membelanja kami semua...(gambar boleh tengok di Facebook masing-masing (^_^)

2. Kempen Solat Dhuha
Masa tak ditetapkan. Hanya dinyatakan setelah matahari naik..Iklan rujuk di papan kenyataan kelas ok?

3. Gempur Subuh
Hah! nie program baru. Bermula Jumaat nie, kita semua kena beratur kat dataran Blok A (lelaki) dan dataran Blok C (perempuan) seawal 5.30 pagi untuk sama-sama solat Subuh berjemaah di masjid. Ingat ye?? Hari Jumaat, pukul 5.30 pagi....

Terima kasih..Harap maklum..

BIG!!

BIG = Bina Insan Gelap??
BIG = Bina Insan Ganas??
BIG = Balik InsyaAllah Gelap??
Walau apa sekalipun definisi yang anda semua berikan untuk BIG (Bina Insan Guru), apa yang penting adalah kita semua telah berjaya menamatkan kem BIG dengan jayanya..Jadi, TAHNIAH kepada semua!!!

Kelas KS the best!!