Isnin, April 12, 2010

PERHATIAN!!

Bengkel Penulisan Ilmiah yang kita semua hadiri minggu lepas (Jumaat, 9 April 2010) mencapai objektifnya. Tahniah atas penglibatan semua!! (gambar akan diupload nanti... ^-^ )

Kepada semua kawan-kawan sekuliah yang tersayang..Amik perhatian ye dengan aktiviti yang akan berlaku minggu nie??

1. Program Makan2 bersama Usrah
Ok, sebagaimana yang semua tahu. Hari ini (Isnin, 12 April 2010) kita semua beramai-ramai makan 'free' di KFC. Ucapan terima kasih kepada mak usrah, Puan Rabiah Abd. Rahman kerana sudi membelanja kami semua...(gambar boleh tengok di Facebook masing-masing (^_^)

2. Kempen Solat Dhuha
Masa tak ditetapkan. Hanya dinyatakan setelah matahari naik..Iklan rujuk di papan kenyataan kelas ok?

3. Gempur Subuh
Hah! nie program baru. Bermula Jumaat nie, kita semua kena beratur kat dataran Blok A (lelaki) dan dataran Blok C (perempuan) seawal 5.30 pagi untuk sama-sama solat Subuh berjemaah di masjid. Ingat ye?? Hari Jumaat, pukul 5.30 pagi....

Terima kasih..Harap maklum..

BIG!!

BIG = Bina Insan Gelap??
BIG = Bina Insan Ganas??
BIG = Balik InsyaAllah Gelap??
Walau apa sekalipun definisi yang anda semua berikan untuk BIG (Bina Insan Guru), apa yang penting adalah kita semua telah berjaya menamatkan kem BIG dengan jayanya..Jadi, TAHNIAH kepada semua!!!

Kelas KS the best!!