Memaparkan catatan dengan label KAMI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KAMI. Papar semua catatan

Selasa, Oktober 19, 2010

Gotong-Royong Sambil Makan-Makan

Selesai UAK semalam, sempat lagi kami sekelas bergotong-royong dengan Jabatan Gerko untuk Minggu GERKO yang berlangsung hari nie. Tugas menyiapkan bahan-bahan masakan dan mengacau kuah yang sedang menggelegak dijalankan sepenuh hati dengan kerjasama bersama pelajar-pelajar PISMP 2.04 (PJ) dan adik-adik junior. Tak lupa pensyarah Jabatan Gerko terutamanya Puan Kamaliah yang sporting habis, siap boleh makan 1 dulang dengan beberapa orang daripada kami. Apa yang penting.. KERJASAMA!!







** Rajin-rajin semuanya. Stok menantu pilihan nie! :P

Guru Malaysia BOLEH!!!

Hari minggu, 16 Oktober 2010 terisi dengan kewajipan menyertai Perhimpunan Kebangsaan Guru 1 Malaysia di Stadium Putra, Bukit Jalil. Seawal 6.30 pagi beratur mengambil kehadiran dan bertolak lebih kurang pukul 7.20 pagi. Perhimpunan melibatkan PISMP sem 2, 4, 6 dan 8 ini adalah sebahagian daripada 14, 000 orang guru seluruh Malaysia yang menghimpunkan bakal guru, guru, dan semua yang terlibat dalam dunia pendidikan negara.

Zoom in muka cikgu-cikgu yang bersemangat dalam ribuan orang di Stadium Putra, Bukit Jalil!









**** Bersemangat betul bakal-bakal guru PISMP 2.05 tepuk tangan. Hope takda yang tidor masa dengar ucapan tempoh hari. :P

Jumaat, Ogos 06, 2010

Tahniah kepada Semua!!

Alhamdulillah, akhirnya semua ahli PISMP 2.05 berjaya menjayakan Kajian Luar di Cameron Highlands bagi subjek Geografi Persekitaran dengan jayanya. Kerjasama dan komitmen yang baik sepanjang kajian luar dijalankan amatlah dihargai. Jangan lupa siapkan laporan sebelum 18 Ogos ya?

Rabu, Julai 07, 2010

Tugasan dan Penglibatan

**update : 7 Julai 2010

6 Julai 2010 : Bina Insan Guru : Kempen Derma Darah - DONE!
7 Julai 2010 : Road Relay&Majlis Penutupan Sambutan Hari Guru - DONE!
8 Julai 2010 : Seminar Bina Insan Guru
10 Julai 2010 : Breaks The Bricks!

Tugasan :
Murid dan Alam Belajar :
Persembahkan 1 permainan tradisional.
Dalam kumpulan, buat pembentangan mengikut pembahagian tajuk.
(Rujuk AJK Subjek : Khairunnisak Samsudin)

English Language Profiency :
Dalam kumpulan, bentangkan mengenai - Noun, Verb, Adverb

Geografi Persekitaran
Pembentangan ISL 1
ISL 1 : Along, Wan G, Husna dan Yatie
(Rujuk AJK Subjek : Zainureen Abdul Samad)

Gerko Permainan Futsal

Semester ini, PISMP 2.05 perlu mengikuti kelas WAJ 3109 (Gerko Permainan). Setelah berbincang, semua ahli bersepakat untuk memilih permainan Futsal bagi subjek ini. Berikut merupakan AJK yang dilantik.

PENGERUSI : MUHAMAD HAFIY FARHAN BIN HASSIM
NAIB PENGERUSI : ZAINUREEN BINTI ABDUL SAMAD
SETIAUSAHA : NOOR FARAH IZZATI BINTI ARIS
NAIB SETIAUSAHA : ANNISA ULHUSNA BINTI HAMDEN
BENDAHARI : MUHAMMAD NAZIRUL ZAQWAN MD. AZMAN
AHLI JAWATANKUASA :

AJK AKTIVITI :
MUHAMMAD AKMAL BIN AHMAD (K)
SYUHADA BINTI MOHD TAJUDDIN
MUHAMMAD AZLI BIN MUSTAPA
NOR JULIA BINTI SHAFIEE
NUR IZZATI BINTI MAT ZIN

AJK PERALATAN :
MUHAMMAD AZLI BIN MUSTAPA (K)
NURUL ATIKAH BINTI KAMALUDIN
SHARIFAH NURHAYATI SYED AGIL
WAN NOR AMIRA BINTI WAN DARUS
MOHAMMAD IDZWAN FAREES B. MOHD MOHI

AJK PERHUBUNGAN LUAR :
MOHAMAD FAKRUL AMIN BIN MAMAT (K)
NURMAISYARAH BINTI MOHD. TAHIR
NUR HAFIZAH BINTI ABDUL HAMID
SITI NABILA BINTI ISMAIL
MUHAMMAD NAJIB BIN MOHD. JAMIL

AJK KESELAMATAN :
MUHAMMAD HADI BIN MAZALAM (K)
NIK HAZWANI BINTI NIK MAT
KHAIRUN NISAK BINTI SAMSUDIN
YUHANIS BINTI OSMAN
NOR ATINA BINTI MOHD. NASIR

BIG : Derma Darah

Pada 6 Julai 2010, ahli PISMP 2.05 telah turut serta dalam program Bina Insan Guru : Kempen Menderma Darah yang diadakan di Bilik SP1 dan SP2. Terima kasih kepada anda yang mendaftar dan tahniah kepada yang layak menderma darah. ^____^"



Sabtu, Jun 26, 2010

PERHATIAN SEMUA!!!

Assalamualaikum kepada abang-abang dan akak-akak yang masih lagi dalam mood bercuti di kampung. Seronok nampaknya menghabiskan masa 3 minggu di rumah bersenang-lenang ya? Tahniah buat semua..

Buat makluman semua, keputusan peperiksaan Semester 1 telah terpampang di Papan Kenyataan Unit Peperiksaan ye, kawan-kawan? Sila lihat keputusan anda di sana. Selamat Maju Jaya buat semua!!

Mari Memasak Bersama Kak Tipah!!

** penulisan menggunakan bahasa tidak rasmi berunsurkan loghat negeri. Harap maklum.

Pernah dengaq dak orang selalu kata orang tua-tua memang suka kalau dapat menantu kerja cikgu?? Pernah dengaq dak?? Siapa tak pernah dengaq, cuba tanya orang tua-tua. Mesti mereka setuju.. Jadi, bagi melengkapkan pakej menantu pilihan kesayangan mentua, maka akak-akak semua kenalah pandai memasak. betul dak?? Sila anggukkan kepala jika setuju.

Tapi, jangan risaulah, semua akak-akak kelas PISMP 1.05 nie memang terror bab-bab memasak nie. Tolonglah percaya. Kak Tipah tak tipu! Kalau tak percaya, sila tengok betul-betul calon-calon menantu pilihan kesayangan mentua di masa depan kelak. Layan...





Terima kasih kepada akak-akak yang sanggup bangun pagi-pagi memasak untuk aktiviti berkelah tempoh hari. Kerjasama anda amatlah Kak Tipah hargai. Hingga berjumpa lagi..

Khamis, Mei 06, 2010

Selesai...









Alhamdulillah, Ujian Akhir Kursus (UAK) berjaya dilalui dengan sempurna. Semoga semua mendapat keputusan yang baik. AMIN..

Sabtu, Mei 01, 2010

Biler Cikgu Beraksi!!






































♥ Fokus Bulan ini!! ♥

Kesan interaksi tamadun
Hagemoni Barat
Sumbangan tokoh Islam dalam pendidikan
Prinsip Islam Hadhari
Nilai/Etika Tamadun

P/S: tambahlah ilmu dalam diri anda dengan membaca. InsyaAllah, berguna..

Selamat Berjuang Semuanya!!

Assalamualaikum semua..

Seranta bagi pihak semua ahli kelas mengambil kesempatan ini untuk wish all of us :
Good Luck!! All The Best for Ujian Akhir Kursus (UAK)!!!! Chaiyoo!Gambate! Selamat Berjuang kesemuanya... :)

UAK akan dilaksanakan seperti ketetapan yang berikut:

UAK ELP : 3 Mei 2010 (Isnin)

UAK TITAS : 4 Mei 2010 (Selasa)

Rabu, Mac 03, 2010

Berkenalan..

Seranta nak wujudkan satu sesi kita lebih mengenali gelagat-gelagat kawan2 kita. Semua ade bakat terpendam yang mungkin tak ditonjolkan selama nie. Antaranya:






Jeff seorang yang manja. Buktinya?tengok gaya tido yang manja itu~~











Hafiy dan Akmal pandai berposing walaupun dalam tido. TAHNIAH!!