Selasa, Oktober 19, 2010

Tugasan!!

Selesai Ujian Akhir Kursus, masih ada lagi tugasan yang menanti ye kawan-kawan??

Subjek : Geografi Persekitaran

(a) - bina soalan berdasarkan topik proforma (1 kumpulan: 3 orang)
** 20 objektif
** 4 struktur
** 2 esei

(b) - bina soalan berdasarkan topik amali dan kajian luar (1 kumpulan: 6 orang)
** 20 objektif
** 4 struktur
** 2 esei

Kumpulan-kumpulan (b)
Kumpulan 1 :
Syud, Nabila, Nureen, Azli, Fakrul dan Hafiy
Kumpulan 2 :
Hafizah, Wany, Mira, Atikah, Izzati dan Nisak
Kumpulan 3 :
Farah, Julia, Yati, Najib, Akmal dan Wan
Kumpulan 4 :
Tina, Mye, Husna, Yuhanis, Hadi, Farees dan Zaqwan

P/S : Giliran membentangkan soalan adalah berdasarkan kumpulan yang dipilih oleh pensyarah, Puan Hanifah Mahat. Bukan berdasarkan giliran kumpulan dalam proforma. Harap maklum.

Gotong-Royong Sambil Makan-Makan

Selesai UAK semalam, sempat lagi kami sekelas bergotong-royong dengan Jabatan Gerko untuk Minggu GERKO yang berlangsung hari nie. Tugas menyiapkan bahan-bahan masakan dan mengacau kuah yang sedang menggelegak dijalankan sepenuh hati dengan kerjasama bersama pelajar-pelajar PISMP 2.04 (PJ) dan adik-adik junior. Tak lupa pensyarah Jabatan Gerko terutamanya Puan Kamaliah yang sporting habis, siap boleh makan 1 dulang dengan beberapa orang daripada kami. Apa yang penting.. KERJASAMA!!







** Rajin-rajin semuanya. Stok menantu pilihan nie! :P

UAK aka Ujian Akhir Kursus!

Hari ini dan semalam (18 dan 19 Oktober 2010) adalah hari untuk semua pelajar PISMP sem 2 menduduki Ujian Akhir Kursus bagi subjek Literasi Bahasa, English Language Profiency dan Numerical Literacy. Alhamdulillah, segala urusan sepanjang ujian berjalan lancar.

** Sempat juga merakamkan wajah-wajah ahli PISMP 2.05 sedang mengulangkaji untuk UAK.





*** Semoga mendapat keputusan yang baik. Amin..

Guru Malaysia BOLEH!!!

Hari minggu, 16 Oktober 2010 terisi dengan kewajipan menyertai Perhimpunan Kebangsaan Guru 1 Malaysia di Stadium Putra, Bukit Jalil. Seawal 6.30 pagi beratur mengambil kehadiran dan bertolak lebih kurang pukul 7.20 pagi. Perhimpunan melibatkan PISMP sem 2, 4, 6 dan 8 ini adalah sebahagian daripada 14, 000 orang guru seluruh Malaysia yang menghimpunkan bakal guru, guru, dan semua yang terlibat dalam dunia pendidikan negara.

Zoom in muka cikgu-cikgu yang bersemangat dalam ribuan orang di Stadium Putra, Bukit Jalil!









**** Bersemangat betul bakal-bakal guru PISMP 2.05 tepuk tangan. Hope takda yang tidor masa dengar ucapan tempoh hari. :P

Amali Pergerakan Asas VS Makan-Makan

Pada 14 dan 15 Oktober 2010 yang lepas, kelas PISMP 2.05 telah selamat menjalani Amali bagi subjek Pergerakan Asas. Amali persendirian dibuat pada hari Khamis dan Jumaat dan disambung dengan amali permainan kanak-kanak pada hari Jumaat. Alhamdulillah, semua berjaya menjalankan amali dengan baik. Buktinya?? Cikgu Azie berbesar hati untuk belanja satu kelas makan untuk sarapan pagi Jumaat tu. Thanks cikgu!!!! Sayang lebih ~~~~

*** Gambar semasa aktiviti amali tak difokuskan. Time makan-makan je.. ^__^







*** Murah rezeki ahli PISMP 2.05 dan mana-mana pensyarah yang belanja makan. Amin.

Melaka Bandaraya Bersejarah!

Assalamualaikum semua..
Dah lama rasanya blog Social United nie dibiarkan. Masa agak terhad untuk selalu mengupdate blog nie. Maaf ye? Tapi tak akan lupa untuk masukkan semua aktiviti kita. InsyaAllah, akan diusahakan. Yang terbaru kita semua dah ke Melaka Bandaraya Bersejarah untuk Projek Perkembangan Sejarah Negara, subjek Encik Ma'amor Yusoff.

Lokasi ?? ----> Memorial Pengistiharan Kemerdekaan & Istana Kesultanan Melayu Melaka.







**** untuk tengok banyak lagi gambar anda semua, sila search di Facebook ye? ^___^"