Khamis, Oktober 28, 2010

Taklimat Peperiksaan Jun-Nov 2010

Alhamdulillah.. hari nie kita semua telah berjaya menghadirkan diri ke Taklimat Peperiksaan Jun-Nov 2010. Penting untuk persiapan menjelang exam kan? Tahniah kepada yang hadir walaupun dapat ceramah percuma di awal pagi. Senyum.. :)





*** Gud luck for exam, dear.. Moga kita dapat result yang baik!

Rabu, Oktober 20, 2010

Makluman!!

***Straight copy paste from inbox message. Message from : Along (S/U GERKO)

Makluman kepada semua ahli PISMP 2.05.

Salam semua. Atas faktor Puan K yang mahu kita adakan pertndgn futsal secepat mungkin dan dia tak nak buat hari Sabtu dan Ahad. Maka ini adalah senarai AJK yang dilantik. Mohon perhatian semua. Pembahagian tugas adalah mudah. Along akan briefing tugas esok pagi ok? Perlawanan urgent petang esok (21102010 3.00 petang). Harap maklum. Harap sampai2kan kepada yang takda facebook/atau suruh diaorang bukak blog kelas http://socialunited.blogspot.com. Thanks.

1. URUSETIA :
Muhammad Hadi bin Mazalam
Nor Julia binti Shafiee
Nur Izzati binti Mohd Zin
Muhammad Najib bin Mohd Jamil
Wan Nor Amira binti Wan Darus

2. PERALATAN & PERSIAPAN :
Syuhada binti Mohd Tajuddin
Sharifah Nurhayati Syed Agil
Muhammad Azli bin Mustapha
Nik Hazwani binti Nik Mat

4. DOKUMENTASI :
Nur Hafizah binti Abdul Hamid
Nurul Atikah binti Kamaluddin
Nur Maisyarah binti Mohd Tahir
Khairun Nisak binti Samsudin
Nor Atina binti Mohd Nasir

5. KEPENGADILAN :
Wan Nazreen bin Osman
Mohamad Fakrul Amin bin Mamat
Muhammad Akmal bin Ahmad
Muhammad Idzwan Faress Mohd Mohi

6. HADIAH & CENDERAHATI :
Siti Nabila binti Ismail
Yuhanis binti Osman
Annisa Ulhusna binti Hamden

Selasa, Oktober 19, 2010

Tugasan!!

Selesai Ujian Akhir Kursus, masih ada lagi tugasan yang menanti ye kawan-kawan??

Subjek : Geografi Persekitaran

(a) - bina soalan berdasarkan topik proforma (1 kumpulan: 3 orang)
** 20 objektif
** 4 struktur
** 2 esei

(b) - bina soalan berdasarkan topik amali dan kajian luar (1 kumpulan: 6 orang)
** 20 objektif
** 4 struktur
** 2 esei

Kumpulan-kumpulan (b)
Kumpulan 1 :
Syud, Nabila, Nureen, Azli, Fakrul dan Hafiy
Kumpulan 2 :
Hafizah, Wany, Mira, Atikah, Izzati dan Nisak
Kumpulan 3 :
Farah, Julia, Yati, Najib, Akmal dan Wan
Kumpulan 4 :
Tina, Mye, Husna, Yuhanis, Hadi, Farees dan Zaqwan

P/S : Giliran membentangkan soalan adalah berdasarkan kumpulan yang dipilih oleh pensyarah, Puan Hanifah Mahat. Bukan berdasarkan giliran kumpulan dalam proforma. Harap maklum.

Gotong-Royong Sambil Makan-Makan

Selesai UAK semalam, sempat lagi kami sekelas bergotong-royong dengan Jabatan Gerko untuk Minggu GERKO yang berlangsung hari nie. Tugas menyiapkan bahan-bahan masakan dan mengacau kuah yang sedang menggelegak dijalankan sepenuh hati dengan kerjasama bersama pelajar-pelajar PISMP 2.04 (PJ) dan adik-adik junior. Tak lupa pensyarah Jabatan Gerko terutamanya Puan Kamaliah yang sporting habis, siap boleh makan 1 dulang dengan beberapa orang daripada kami. Apa yang penting.. KERJASAMA!!







** Rajin-rajin semuanya. Stok menantu pilihan nie! :P

UAK aka Ujian Akhir Kursus!

Hari ini dan semalam (18 dan 19 Oktober 2010) adalah hari untuk semua pelajar PISMP sem 2 menduduki Ujian Akhir Kursus bagi subjek Literasi Bahasa, English Language Profiency dan Numerical Literacy. Alhamdulillah, segala urusan sepanjang ujian berjalan lancar.

** Sempat juga merakamkan wajah-wajah ahli PISMP 2.05 sedang mengulangkaji untuk UAK.





*** Semoga mendapat keputusan yang baik. Amin..

Guru Malaysia BOLEH!!!

Hari minggu, 16 Oktober 2010 terisi dengan kewajipan menyertai Perhimpunan Kebangsaan Guru 1 Malaysia di Stadium Putra, Bukit Jalil. Seawal 6.30 pagi beratur mengambil kehadiran dan bertolak lebih kurang pukul 7.20 pagi. Perhimpunan melibatkan PISMP sem 2, 4, 6 dan 8 ini adalah sebahagian daripada 14, 000 orang guru seluruh Malaysia yang menghimpunkan bakal guru, guru, dan semua yang terlibat dalam dunia pendidikan negara.

Zoom in muka cikgu-cikgu yang bersemangat dalam ribuan orang di Stadium Putra, Bukit Jalil!









**** Bersemangat betul bakal-bakal guru PISMP 2.05 tepuk tangan. Hope takda yang tidor masa dengar ucapan tempoh hari. :P

Amali Pergerakan Asas VS Makan-Makan

Pada 14 dan 15 Oktober 2010 yang lepas, kelas PISMP 2.05 telah selamat menjalani Amali bagi subjek Pergerakan Asas. Amali persendirian dibuat pada hari Khamis dan Jumaat dan disambung dengan amali permainan kanak-kanak pada hari Jumaat. Alhamdulillah, semua berjaya menjalankan amali dengan baik. Buktinya?? Cikgu Azie berbesar hati untuk belanja satu kelas makan untuk sarapan pagi Jumaat tu. Thanks cikgu!!!! Sayang lebih ~~~~

*** Gambar semasa aktiviti amali tak difokuskan. Time makan-makan je.. ^__^







*** Murah rezeki ahli PISMP 2.05 dan mana-mana pensyarah yang belanja makan. Amin.

Melaka Bandaraya Bersejarah!

Assalamualaikum semua..
Dah lama rasanya blog Social United nie dibiarkan. Masa agak terhad untuk selalu mengupdate blog nie. Maaf ye? Tapi tak akan lupa untuk masukkan semua aktiviti kita. InsyaAllah, akan diusahakan. Yang terbaru kita semua dah ke Melaka Bandaraya Bersejarah untuk Projek Perkembangan Sejarah Negara, subjek Encik Ma'amor Yusoff.

Lokasi ?? ----> Memorial Pengistiharan Kemerdekaan & Istana Kesultanan Melayu Melaka.







**** untuk tengok banyak lagi gambar anda semua, sila search di Facebook ye? ^___^"

Jumaat, Ogos 06, 2010

Tugasan Terkini!!

Perhatian kepada semua. Senarai tugasan sepanjang minggu ini (2 Ogos 2010 hingga 6 Ogos 2010) :

1. Geografi Persekitaran
- kemaskini semula fail GP untuk semakan Puan Hanifah pada 9 Ogos 2010.
- individu yang terlibat dengan 'presentation' ISL 4 sila bersiap-sedia.
- laporan kajian luar Cameron Highlands perlu ada 'progress'

2. Murid dan Alam Belajar
- bersiap-sedia untuk 'presentation' topik syllabus MdAB

3. Literasi Bahasa
- sambungan 'presentation' bagi kumpulan topik Pengamatan Mata-Tangan
- hantar Rancangan Pengajaran Harian ikut topik yang dibentangkan (bagi kumpulan yang sudah melakukan pembentangan)

4. Numerical Literacy
- reka bentuk kreatif Tessellation (individu)
- selesaikan soalan Tutorial 1.1 dan Tutorial 1.2
- cari maklumat mengenai Numeracy (rujuk AJK subjek : Nik Hazwani Nik Mat)

*** Kerjasama daripada semua amatlah diharapkan. ***

Tahniah kepada Semua!!

Alhamdulillah, akhirnya semua ahli PISMP 2.05 berjaya menjayakan Kajian Luar di Cameron Highlands bagi subjek Geografi Persekitaran dengan jayanya. Kerjasama dan komitmen yang baik sepanjang kajian luar dijalankan amatlah dihargai. Jangan lupa siapkan laporan sebelum 18 Ogos ya?

Rabu, Julai 07, 2010

Tugasan dan Penglibatan

**update : 7 Julai 2010

6 Julai 2010 : Bina Insan Guru : Kempen Derma Darah - DONE!
7 Julai 2010 : Road Relay&Majlis Penutupan Sambutan Hari Guru - DONE!
8 Julai 2010 : Seminar Bina Insan Guru
10 Julai 2010 : Breaks The Bricks!

Tugasan :
Murid dan Alam Belajar :
Persembahkan 1 permainan tradisional.
Dalam kumpulan, buat pembentangan mengikut pembahagian tajuk.
(Rujuk AJK Subjek : Khairunnisak Samsudin)

English Language Profiency :
Dalam kumpulan, bentangkan mengenai - Noun, Verb, Adverb

Geografi Persekitaran
Pembentangan ISL 1
ISL 1 : Along, Wan G, Husna dan Yatie
(Rujuk AJK Subjek : Zainureen Abdul Samad)

Gerko Permainan Futsal

Semester ini, PISMP 2.05 perlu mengikuti kelas WAJ 3109 (Gerko Permainan). Setelah berbincang, semua ahli bersepakat untuk memilih permainan Futsal bagi subjek ini. Berikut merupakan AJK yang dilantik.

PENGERUSI : MUHAMAD HAFIY FARHAN BIN HASSIM
NAIB PENGERUSI : ZAINUREEN BINTI ABDUL SAMAD
SETIAUSAHA : NOOR FARAH IZZATI BINTI ARIS
NAIB SETIAUSAHA : ANNISA ULHUSNA BINTI HAMDEN
BENDAHARI : MUHAMMAD NAZIRUL ZAQWAN MD. AZMAN
AHLI JAWATANKUASA :

AJK AKTIVITI :
MUHAMMAD AKMAL BIN AHMAD (K)
SYUHADA BINTI MOHD TAJUDDIN
MUHAMMAD AZLI BIN MUSTAPA
NOR JULIA BINTI SHAFIEE
NUR IZZATI BINTI MAT ZIN

AJK PERALATAN :
MUHAMMAD AZLI BIN MUSTAPA (K)
NURUL ATIKAH BINTI KAMALUDIN
SHARIFAH NURHAYATI SYED AGIL
WAN NOR AMIRA BINTI WAN DARUS
MOHAMMAD IDZWAN FAREES B. MOHD MOHI

AJK PERHUBUNGAN LUAR :
MOHAMAD FAKRUL AMIN BIN MAMAT (K)
NURMAISYARAH BINTI MOHD. TAHIR
NUR HAFIZAH BINTI ABDUL HAMID
SITI NABILA BINTI ISMAIL
MUHAMMAD NAJIB BIN MOHD. JAMIL

AJK KESELAMATAN :
MUHAMMAD HADI BIN MAZALAM (K)
NIK HAZWANI BINTI NIK MAT
KHAIRUN NISAK BINTI SAMSUDIN
YUHANIS BINTI OSMAN
NOR ATINA BINTI MOHD. NASIR

Road Relay&Majlis Penutupan Sambutan Hari Guru 2010

Hari ini, 7 Julai 2010, IPG Kampus Pendidikan Islam telah menganjurkan Road Relay&Majlis Penutupan Sambutan Hari Guru 2010. Maka, ahli PISMP 2.05 turut tidak terkecuali menyertai sambutan berkenaan sebagai penonton. ^__^






ISL Geografi Persekitaran

Tugasan ISL 1 (M1) : 6 Julai 2010
Pelajar mengakses internet dan bacaan ilmiah untuk melihat kepentingan Geografi dalam Pengajian Sosial

Tugasan ISL 2 (M2) : 13 Julai 2010
1.Pelajar mengakses internet dan bacaan ilmiah untuk mencari definasi geografi
2.Kepentingan geografi dalam kehidupan manusia

Tugasan ISL 3 (M3) : 20 Julai 2010
1.Kepentingan kemahiran geografi dalam kehidupan manusia.
2.Mendapatkan maklumat alat-alat untuk mengukur unsur cuaca dan iklim. Perbandingan fungsi alat-alat meteorologi tersebut.

Tugasan ISL 4 (M4) : 27 Julai 2010
1.Membuat rujukan dan mencatat dapatan berkenaan teknik-teknik pemetaan dalam geografi. Dapatan anda perlu diperkukuhkan dengan contoh yang jelas.

Tugasan ISL 5 (M5) : 3 Ogos 2010
1.Membuat rujukan dan mencatat dapatan berkenaan fungsi dan kegunaan :
i.Remote Sensing
ii.Geography Information System.

Tugasan ISL 6 (M6) : 10 Ogos 2010
1.Pembentukan AJK kerja Lapangan (setiap pelajar perlu ada salinan kertas kerja dan AJK yang dibentuk)
2.Refleksi tugasan/ jawatan yang anda lakukan. Bertaip dan dimasukkan di dalam fail.

Tugasan ISL 7 (M7 & M8) : 17 & 24 Ogos 2010
1.Membuat rujukan untuk menyokong dapatan kajian.
2.Membuat rujukan bagi mengetahui cara-cara memproses maklumat/data kajian lapangan.
3.Mencatatkan sagala permasalahan yang timbul semasa kajian dijalankan.

Tugasan ISL 8 (M10 ) : 31 Ogos 2010
1.Membuat rujukan bagi membantu cara memproses dan mengkategorikan bahan-bahan kajian.
2.Hasil rujukan anda diringkaskan dalam bentuk grafik yang sesuai.

Tugasan ISL 9 (M11 ) : 7 September 2010
1.Membuat rujukan tentang interaksi sistem atmosfera dan hidrosfera dalam sistem fizikal , halangan-halangan unsur amosfera dan hidrosfera serta langkah mengatasinya.
2.Hasil rujukan anda diringkaskan dalam bentuk grafik yang sesuai.

Tugasan ISL 10 (M12 ) : 14 September 2010
1.Membuat rujukan tentang interaksi sistem atmosfera dan hidrosfera dalam sistem fizikal , halangan-halangan unsur amosfera dan hidrosfera serta langkah mengatasinya.
2.Hasil rujukan anda diringkaskan dalam bentuk grafik yang sesuai.

Tugasan ISL 11 (M13 ) : 21 September 2010
Cuti Hari Raya Aidilfitri

Tugasan ISL 12 (M14 ) : 28 September 2010
1.Mencari rujukan tentang kepelbagaian ekonomi dan kesannya kepada pembangunan negara.
2.Meringkaskan dapatan anda dalam bentuk grafik.

Tugasan ISL 13 (M15 ) : 5 Oktober 2010
1.Membincangkan bagaimana faktor ruang, sosial dan ekonomi mempengaruhi perkembangan bandar dengan mengambil beberapa contoh bandar di Malaysia.
2.Meringkaskan dapatan anda dalam bentuk grafik.

Tugasan ISL 14 (M16 ) : 12 Oktober 2010
1.Membincangkan bagaimana faktor ruang, sosial dan ekonomi mempengaruhi perkembangan bandar dengan mengambil beberapa contoh bandar di Malaysia.
2.Meringkaskan dapatan anda dalam bentuk grafik.

P/S : Senarai nama yang akan membuat pembentangan ISL, boleh rujuk kepada AJK Subjek, Zainureen Abdul Samad.

BIG : Derma Darah

Pada 6 Julai 2010, ahli PISMP 2.05 telah turut serta dalam program Bina Insan Guru : Kempen Menderma Darah yang diadakan di Bilik SP1 dan SP2. Terima kasih kepada anda yang mendaftar dan tahniah kepada yang layak menderma darah. ^____^"



Jumaat, Julai 02, 2010

Mesyuarat Perlantikan AJK Kuliah PISMP 2.05

Pada 29 Jun 2010, ahli kuliah PISMP 2.05 telah menjalankan mesyuarat dalaman bagi menjalankan perlantikan AJK bagi semester ini. AJK yang dilantik adalah seperti berikut:

Ketua Kuliah : Mohamad Fakrul Amin Bin Mamat
Pen. Ketua Kuliah : Siti Nabila Binti Ismail
Setiausaha : Syuhada Binti Mohd Tajuddin
Bendahari : Wan Nor Amira Binti Wan Darus
Ahli Jawatankuasa :

AJK Kecerian
- Muhammad Najib Bin Mohd Jamil
- Muhammad Hafiy Farhan Bin Hassim
- Nor Atina Binti Mohd Nasir

AJK Kebersihan
- Yuhanis Binti Osman

AJK Seranta
- Noor Farah Izzati Binti Aris
- Nurul Atikah Binti Kamaludin

AJK Peralatan
- Wan Nazreen Bin Osman

AJK Teknikal
- Muhammad Hadi Bin Mazalam

AJK Data dan Maklumat
- Muhammad Akmal Bin Ahmad

AJK Subjek :

** Geografi Persekitaran - Zainureen Binti Abdul Samad
** Perkembangan Negara Bangsa - Nur Hafizah Binti Abd Hamid
** Literasi Bahasa - Muhammad Azli Bin Mustapha
** Literasi Nombor - Nik Hazwani Binti Nik Mat
** Murid dan Alam Belajar - Khairun Nisak Binti Samsudin
** Pergerakan Asas - Annisa Ulhusna Binti Hamden
** GERKO Permainan - Nurmaisyarah Binti Mohd Tahir
** English Language Profiency - Sharifah Nurhayati Binti Syed Agil

Semoga semua AJK baru yang dilantik bagi semester ini dapat menjalankan tugas dengan baik

Isnin, Jun 28, 2010

Keputusan Peperiksaan Semester 1

Assalamualaikum buat semua..
Dengan kecanggihan yang sedia ada pada masa sekarang maka anda semua tidak perlu lagi beratur panjang tunggu giliran untuk lihat keputusan peperiksaan semester yang lepas. Pihak Seranta berbesar hati meng'upload' keputusan peperiksaan semester 1 yang lepas untuk anda lakukan semakan.
Tahniah atas keputusan peperiksaan anda semua!
**klik untuk melihat dengan jelas**

Sabtu, Jun 26, 2010

20 CARA MEMPEROLEHI REZEKI

** sumber : email dari Puan Hanifah Mahat


Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.


Di antaranya:


1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)


2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Rasulullah SAW : “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)


3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Rasulullah SAW : “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)


4. Sentiasa ingat Allah SWT
Banyak ingat Allah SWT buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “…(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’d, ayat 28)


5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Rasulullah SAW juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Hadis Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)


Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Rasulullah SAW : “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Rasulullah SAW : “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Rasulullah SAW : “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Hadis Riwayat Bukhari). Dari itu jangan sekali kita berniat untuk memutuskan siraturrahim sama ada melalui hati, lidah ataupun perbuatan dan sekali pun hanya berpaling muka.

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah SAW dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi SAW bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah. Lakukan solat tahajud kerana di waktu solat malam Allah akan memberi satu pancaran cahaya.

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Surah ali-Imran, ayat 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (Surah at-Thalaq, ayat 3)

Nabi SAW bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)



** Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (Surah at-Talaq, ayat 2-3)

Bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.


Subhanallah.....

PERHATIAN SEMUA!!!

Assalamualaikum kepada abang-abang dan akak-akak yang masih lagi dalam mood bercuti di kampung. Seronok nampaknya menghabiskan masa 3 minggu di rumah bersenang-lenang ya? Tahniah buat semua..

Buat makluman semua, keputusan peperiksaan Semester 1 telah terpampang di Papan Kenyataan Unit Peperiksaan ye, kawan-kawan? Sila lihat keputusan anda di sana. Selamat Maju Jaya buat semua!!

Mari Memasak Bersama Kak Tipah!!

** penulisan menggunakan bahasa tidak rasmi berunsurkan loghat negeri. Harap maklum.

Pernah dengaq dak orang selalu kata orang tua-tua memang suka kalau dapat menantu kerja cikgu?? Pernah dengaq dak?? Siapa tak pernah dengaq, cuba tanya orang tua-tua. Mesti mereka setuju.. Jadi, bagi melengkapkan pakej menantu pilihan kesayangan mentua, maka akak-akak semua kenalah pandai memasak. betul dak?? Sila anggukkan kepala jika setuju.

Tapi, jangan risaulah, semua akak-akak kelas PISMP 1.05 nie memang terror bab-bab memasak nie. Tolonglah percaya. Kak Tipah tak tipu! Kalau tak percaya, sila tengok betul-betul calon-calon menantu pilihan kesayangan mentua di masa depan kelak. Layan...





Terima kasih kepada akak-akak yang sanggup bangun pagi-pagi memasak untuk aktiviti berkelah tempoh hari. Kerjasama anda amatlah Kak Tipah hargai. Hingga berjumpa lagi..

Berkelah oh Berkelah

Bagi meraikan peperiksaan Semester 1 yang telah berakhir, ahli kelas PISMP 1.05 telah menjalankan aktiviti rehlah bersama-sama. Lokasinya??? Sungai Tekala menjadi destinasi tujuan kami.. Zassss.... Jom Berkelah sambil BBQ!!

Khamis, Mei 06, 2010

Selesai...









Alhamdulillah, Ujian Akhir Kursus (UAK) berjaya dilalui dengan sempurna. Semoga semua mendapat keputusan yang baik. AMIN..

Sabtu, Mei 01, 2010

Biler Cikgu Beraksi!!






































Relax Minda!

1. Dalam banyak2 air,air apa yg paling berani?

Ape bende tu?! Kalau nak tahu, jawapan yg sebenarnye ialah air terjun..sebab dia berani terjun!!!!

2. Banyak- banyak binatang…binatang apa keluar haid??

jwpn: kura-kura..ala tu pun tak tahu…keluar HEAD….tak paham jugak.ala kepala le..

3. Dlm bnyk2 binatang….. bntg ape yg bertelur dan beranak…..kira 2 alam la?

apa niii??ha jwp2…. …siput babilaaaaa…..ye la siput bertelur…babi beranak….

4. Kalau anda ni semuanya pandaiiii cuba teka, banyak-banyak sungai, sungai apa yang paling berat?

Jawapannya ialah Sungai Besi.. :)

5. Kereta dengan motor, mana lebih tua?

jawapannya adalah motor,sebab motor pakai tongkat…

6. Dlm banyak- banyak pokok,pokok apa yg baik hati?

jawapannya : pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia.

7. Huruf jawi apa yang ada angin…

huruf TA dan YA laa… kan jadi TAYAR tu

8. kasut apa yang paling keras?

Kasut batu..salah maa.. kasut BATA laaaa… :P

9. Sebuah bas telah berhenti secara mendadak kerana hampir terlanggar
seekor katak.apakah yang akan turun dahulu selepas pemandu itu behenti?

jawapannya ialah meter bas itu lah..

10. Antara huruf A hingga Z,banyak-banyak huruf tu..mane huruf yang boleh kahwin …ahhh sape dapat jawab????

jawapannya ialah…huruf i ngan u lerrr..

11. Kalau korang pandai math, 5 orang cina tolak 3 orang india , jadi apa?

jawapan : orang india tu jatuh lah…. keh keh keh!!!

12. Ada 3 biji limau kemudian dibahagi kepada 3 bahagian..lepas tu dibagi pulak pada 3 org..baper seorang dapat?

jawapannya : sorang dapat sebiji limau ler..

p/s : siapa jawab betul semua, memang terror!! :)

♥ Fokus Bulan ini!! ♥

Kesan interaksi tamadun
Hagemoni Barat
Sumbangan tokoh Islam dalam pendidikan
Prinsip Islam Hadhari
Nilai/Etika Tamadun

P/S: tambahlah ilmu dalam diri anda dengan membaca. InsyaAllah, berguna..

Selamat Berjuang Semuanya!!

Assalamualaikum semua..

Seranta bagi pihak semua ahli kelas mengambil kesempatan ini untuk wish all of us :
Good Luck!! All The Best for Ujian Akhir Kursus (UAK)!!!! Chaiyoo!Gambate! Selamat Berjuang kesemuanya... :)

UAK akan dilaksanakan seperti ketetapan yang berikut:

UAK ELP : 3 Mei 2010 (Isnin)

UAK TITAS : 4 Mei 2010 (Selasa)

Isnin, April 12, 2010

PERHATIAN!!

Bengkel Penulisan Ilmiah yang kita semua hadiri minggu lepas (Jumaat, 9 April 2010) mencapai objektifnya. Tahniah atas penglibatan semua!! (gambar akan diupload nanti... ^-^ )

Kepada semua kawan-kawan sekuliah yang tersayang..Amik perhatian ye dengan aktiviti yang akan berlaku minggu nie??

1. Program Makan2 bersama Usrah
Ok, sebagaimana yang semua tahu. Hari ini (Isnin, 12 April 2010) kita semua beramai-ramai makan 'free' di KFC. Ucapan terima kasih kepada mak usrah, Puan Rabiah Abd. Rahman kerana sudi membelanja kami semua...(gambar boleh tengok di Facebook masing-masing (^_^)

2. Kempen Solat Dhuha
Masa tak ditetapkan. Hanya dinyatakan setelah matahari naik..Iklan rujuk di papan kenyataan kelas ok?

3. Gempur Subuh
Hah! nie program baru. Bermula Jumaat nie, kita semua kena beratur kat dataran Blok A (lelaki) dan dataran Blok C (perempuan) seawal 5.30 pagi untuk sama-sama solat Subuh berjemaah di masjid. Ingat ye?? Hari Jumaat, pukul 5.30 pagi....

Terima kasih..Harap maklum..

BIG!!

BIG = Bina Insan Gelap??
BIG = Bina Insan Ganas??
BIG = Balik InsyaAllah Gelap??
Walau apa sekalipun definisi yang anda semua berikan untuk BIG (Bina Insan Guru), apa yang penting adalah kita semua telah berjaya menamatkan kem BIG dengan jayanya..Jadi, TAHNIAH kepada semua!!!

Kelas KS the best!!

Rabu, Mac 03, 2010

Berkenalan..

Seranta nak wujudkan satu sesi kita lebih mengenali gelagat-gelagat kawan2 kita. Semua ade bakat terpendam yang mungkin tak ditonjolkan selama nie. Antaranya:






Jeff seorang yang manja. Buktinya?tengok gaya tido yang manja itu~~











Hafiy dan Akmal pandai berposing walaupun dalam tido. TAHNIAH!!